Archive for April 2011

Komik Niaga Edisi #4

Isu : 4

Tema : Jana Pendapatan Lumayan Dengan Affiliate

Bulan : April 2011

Biografi Otai IM : Rahman Basri

Edisi kali ini juga kami hidangkan dengan informasi-informasi yang begitu padat tentang affiliate dan sudut berkaitan motivasi & kewangan, termasuklah :

  • Teknik Memilih Produk Affiliate – Asyraf Aziz
  • Jadi Bilionair – Duplikasi Sistem Diri Richard Branson – Dr. Minda
  • Strategi Promosi Produk Affiliate Dengan Berkesan – Khairul Hazwan
  • Kepentingan Pemasaran Emel dalam Affiliate – Amirul Hafiz
  • Biografi Otai IM – Rahman Basri

Anda juga akan dapat mengetahui kisah bagaimana seorang usahawan internet terkenal tanah air,Rahman Basri yang berjaya menjana pendapatan lumayan melalui affiliate dalam masa yang singkat.

Edisi #4 Dilancarkan & Kisah Kejayaan Rahman Basri

Salam & hai semua pembaca,

Seperti mana yang dijanjikan, hari ini kami melancarkan Edisi 4 Komik Niaga. Untuk edisi kali ini, kami telah memilih tema “Jana Pendapatan Lumayan Melalui Affiliate” sebagai topik utama untuk dikongsikan kepada para pembaca semua.

(more…)

Komik Niaga Edisi #3

Isu : 3

Tema : Buat Duit Dengan Produk Fizikal

Bulan : Januari 2011

Biografi Otai IM : Hafizi Zain

Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama semua krew, kini tiba masanya kami lancarkan Edisi 3 – Buat Duit Dengan Produk Fizikal. Tahniah sekali lagi kepada semua krew di atas pelancaran Edisi 3 ini.

Khas untuk pembaca, dalam edisi 3 ini, kami kongsikan tip-tip dan idea yang daripada usahawan internet tempatan termasuklah :

  • Tip Sistem Penghantaran Produk Fizikal – Asyraf Aziz
  • 5 idea Menjual Produk Fizikal Mengikut Musim – Khairul Hazwan
  • Platform Sesuai Untuk Menjual Produk Fizikal di Internet – Adly aka Labanon
  • Tip dari Otai Produk Fizikal – Hafizi Zain

Edisi 3 ini juga kami ketengahkan komik biografi Otai IM yang tak asing lagi di Malaysia, Hafizi Zain yang merupakan usahawan internet yang berjaya menjalankan bisnes produk fizikal ini.

Komik Niaga Edisi #2

Isu : 2

Tema : Perniagaan Informasi Digital

Bulan : Oktober 2010

Biografi Otai IM : Jamaluddin Bahari

Edisi kali ini membincangkan topik yang tidak asing lagi bila dikaitkan dengan perniagaan internet. Topik yang dimaksudkan ialah Perniagaan Informasi Digital. Semua sedia maklum bahawa internet itu sendiri digunakan untuk mencari maklumat atau informasi. Betul tak?

Dalam Edisi Kedua ini, kami akan kongsikan bersama anda beberapa topik dan persoalan menarik yang bakal dikupas berkaitan perniagaan informasi digital. Diantaranya adalah:

  • Tiada Idea Nak Hasilkan Produk Digital?
  • Hanya Otai Yang Layak Menulis Ebook?
  • Teknik Killer Hasilkan Web Jualan
  • 5 Tips Meledakkan Jualan Produk Digital Anda Sebelum Pelancaran

Dan banyak lagi topik-topik lain berkaitan yang boleh anda amalkan terus dalam membina perniagaan informasi digital anda yang pertama.

Komik Niaga Edisi #1

Isu : 1

Tema : Perniagaan Internet, Perniagaan Alaf Baru

Bulan : Julai 2010

Biografi Otai IM : Team Flarebiz

Pertama kali kami melancarkan Komik Niaga Edisi Pertama pada bulan Julai 2010. Buat pengetahuan anda semua, Komik Niaga merupakan e-komik pertama Malaysia yang bersumberkan tip perniagaan internet, motivasi serta pengurusan kewangan.

Untuk keluaran pertama ini, pelbagai topik menarik yang kami kongsikan kepada anda semua, antaranya ialah :

  • 3 Tips mendapatkan motivasi memulakan perniagaan internet
  • Bagaimana memulakan perniagaan internet dengan cara yang betul
  • Cara Pemasaran Melalui Internet
  • Langkah -langkah Mudah dalam Berbelanja.
  • Biografi Kisah Team Flarebiz

Dan banyak lagi artikel serta sudut yang bermanfaat berkenaan dengan arena perniagaan internet.