Assalamualaikum dan hai para pembaca Komik Niaga,
Di kesempatan ini, kami tim Komik Niaga, bersama seluruh krew ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Kami dengan rendah hatinya memohon maaf kepada semua pembaca setia kami sekiranya tersalah bahasa, tersilap kata dan perbuatan, sepanjang mengendalikan Komik Niaga selama ini.

Semoga Allah s.w.t menerima baik segala amal ibadah yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, Amin.
Kepada pembaca yang akan pulang ke kampung, kami nasihatkan semua berhati-hati di jalan raya dan semoga sampai ke kampung halaman dengan selamat dan suasana gembira.
InsyaAllah, kami juga akan bawakan kepada lebih banyak lagi perkongsian keusahawanan berlandaskan konsep komik yang santai dan sederhana.
Edisi 6 juga akan dilancarkan pertengahan bulan 10 ini dan kami akan bawakan kepada anda tokoh usahawan dalam dunia fotografi, iaitu Saiful Nang. Kami akan hantarkan kemaskini dari semasa ke semasa nanti melalui Facebook Komik Niaga dan emel. Mudah-mudahan.
Sekali lagi dari kami, Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami seluruh tim dan krew Komik Niaga!
Assalamualaikum dan hai semua,
Belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Bulan Ramadhan ini menyingkap peristiwa besar yang perlu kita hayati dimana pada bulan inilah diturunkan kitab suci Al Quran yang menjadi panduan umat islam sehingga ke hari ini.
Kami juga mengajak semua pembaca Komik Niaga untuk kita sama-sama menghayati kedatangan bulan Ramadhan ini dengan penuh insaf dan muhasabah diri. Sama-sama kita memperbanyakkan amalan soleh dan mudah-mudahan ibadah yang kita jalani pada bulan ini dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.