Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca setia sekalian,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.wt di atas limpahan kurniaannya dapat kita berjumpa lagi pada e-komik Edisi 6 Komik Niaga. Seperti yang sedia maklum, kami menetapkan untuk menerbitkan e-komik Komik Niaga sebanyak 3 bulan sekali. Dan kali terakhir pelancaran e-komik adalah Edisi 5 iaitu pada 15 Julai 2011.
Dalam edisi sebelum ini, kita telahpun dikongsikan dengan kisah kehidupan seorang jutawan senyap. Di mana kisah inspirasi bagaimana beliau menjalankan perniagaan pasar malam, jatuh bangun beliau dalam menjalankan perniagaan sehinggalah digelar jutawan senyap.