Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T diatas rezeki dan kurniaan-NYA, kami masih lagi berkesempatan untuk berjuang bagi melancarkan Edisi Ke-12 Komik Niaga.
Dalam edisi Komik Niaga kali ini, anda akan dihidangkan dengan kisah kejayaan seorang tokoh usahawan muslim yang merupakan seorang jutawan pusat rawatan Islam, Profesor Dr Haji Shahrin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Shahrin.
Kisah kejayaan dan kebangkitan beliau dalam kehidupan dan perniagaan ini benar-benar mampu memberikan inspirasi kepada semua usahawan tanpa mengira usia. Siapa sangka minat dan bakat boleh dijadikan aset penting untuk berjaya dalam bisnes.
Perjalanan kejayaan beliau bermula daripada seorang anggota polis kepada seorang tukang sapu, kini beliau mampu berdiri megah dengan kejayaan beliau dalam bisnes pusat rawatan Islam yang beliau ceburi. Sehingga ke hari ini, beliau sudah berjaya menyembuhkan ramai orang dan mempunyai anak murid dari seluruh Malaysia.
Semua kisah kehidupan serta biografi Ustaz Shahrin yang merupakan pengasas Pusat Rawatan Qalbun Salim ini boleh dibaca dalam Edisi Komik Niaga kali ini secara percuma. Download sekarang juga!
Alhamdulillah, segala puji kepada Allah di atas kurniaannya, perjuangan kami di Komik Niaga dapat diteruskan, daripada terbitnya Edisi Pertama pada Julai 2010 sehinggalah terbitnya Edisi 11 pada tanggal 28 Mac 2012.
Edisi kali ini adalah edisi pertama yang menampilkan seorang usahawan wanita yang berspiritual tinggi. Tidak lain tidak bukan ikon usahawan yang sentiasa menjadi ikon usahawan terutamanya dalam kalangan wanita di atas kejayaan luar biasa beliau, yakni Puan Rozita Ibrahim.
Kisah perjuangan beliau meledakkan semangat usahawan-usahawan, ketika saat beliau berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan. Dari anak peneroka dan menoreh getah semata-mata untuk memberi sesuap nasi kepada anak beliau, di saat itu juga beliau diberi ujian perit dari Yang Esa.
Anak lelaki yang jatuh sakit serta lumpuh menghembuskan nafas terakhir ketika saat beliau perlukan kekuatan untuk mencari rezeki halal bagi menampung kos rawatan.
Sememangnya, beliau adalah usahawan wanita yang sepatutnya diangkat sebagai mentor dan ikon atas segala perjuangan beliau. Pada hakikatnya, jika kita berada di tempat beliau, belum tentu kita akan bangkit dan teruskan perjuangan sepertimana beliau lakukan.
Kesemua kisah kehidupan Puan Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi boleh didapati melalui Edisi 11 Komik Niaga secara percuma. Usah sia-siakan masa hatta 1 saat sekalipun kerana edisi ini diedarkan secara percuma untuk 5,000 individu terawal sahaja.
Hari ini Matbiz ingin berkongsi cerita yang bakal mengubah perspektif kita semua mengenai kehidupan dan perniagaan.
Khususnya bagi yang masih teragak-agak untuk memulakan perniagaan, e-komik kali ini memang untuk anda.
Di dalamnya, Matbiz selitkan kisah usahawan yang dahulunya hampir lingkup. Hidupnya seakan-akan menemui jalan buntu. Kemudian perubahan sedikit demi sedikit berlaku.
Lebih menarik, keyakinannya hanya pada Tuhan yang satu.
Izin Matbiz perkenalkan…
Shawal Akbar – Pengasas Bihun Sufi
Jenama Bihun Sufi adalah jenama makanan berasaskan bihun yang semakin pesat mendominasi dunia. Kisah beliau ini cukup memberikan inspirasi dan motivasi. Ibarat tiada lagi alasan yang boleh diberi, untuk menahan diri daripada mengubah kehidupan sedia ada.
Supaya menjadi lebih baik, kaya dan diberkati.
Ikut kisahnya dalam e-komik edisi 10 Komik Niaga. Ia percuma. Ia padat. Ia bakal memberikan impak.
Ekomik Komik Niaga Edisi #10 (Versi PDF)
Terima kasih atas sokongan tuan puan selama ini. Berkat sokongan kalian, kami kini mengorak langkah lebih jauh. Tahun 2013 adalah tahun evolusi Komik Niaga. Nantikan lebih banyak isi kandungan yang lebih segar dan bermanfaat.
Selamat menembusi dunia keusahawanan. Kongsikan berita pelancaran ezine Komik Niaga terkini menerusi ruangan Facebook, Twitter dan sebagainya.
Ia dakwah yang menguntungkan. Kerana kita menyebarkan ilmu yang baik lagi bermanfaat. Mudah-mudahan.
Matbiz agak emosional ketika menulis pengumuman ini. Kerana kisah di dalam e-komik kali ini sangat memberi kesan yang mendalam.
Jangan percaya, muat turun sekarang.
Buat para penyokong dan pembaca Komik Niaga yang tidak pernah berhenti menyokong perjuangan Matbiz dan rakan-rakan, hari ini Matbiz ada satu berita menarik untuk anda. Bunyikan drum!
Baik. Tidak perlu bunyi drum. Biarkan Matbiz seorang sahaja yang teruja untuk mengumumkan berita penerbitan Ezine Komik Niaga Edisi #9! Fuh, seronok sungguh kerana setiap usaha Matbiz dan rakan-rakan untuk terus berkongsi ilmu keusahawan bersama anda semua berjaya direalisasikan lagi dan lagi. Ini semua kerana berkat dan sokongan anda semua.
Baik, baik. Siapa yang menjadi calon untuk berkongsi kisah kejayaannya dalam ezine Komik Niaga kali ini? Beliau adalah…
Logam? Bunyinya agak mengelirukan. Biar Matbiz huraikan supaya anda lebih mudah hadam. Pelaburan logam yang dijalankan oleh Tuan Ir Sofian adalah pelaburan emas dan perak.
Dalam edisi kali ini, kita akan selami kisah kejayaan beliau sepanjang menjadi usahawan dan pelabur. Bagaimana beliau membangkitkan emosi untuk meneruskan kehidupan… Walaupun ketika itu beliau menanggung hutang hampir 6 angka (Ratus ribu? Oh!). Usah buang masa lagi, klik pada pautan di bawah untuk muat turun Ezine Komik Niaga Edisi #9.
Ezine Komik Niaga Edisi #9 (Versi PDF)
Ezine Komik Niaga Edisi #9 (Versi Flipping)
Seperti biasa, sebelum muat turun, baca bismillah (bagi yang beragama Islam) supaya proses muat turun tidak menjadi begitu siput.
Dalam masa yang sama, Matbiz amat menghargai sekiranya anda semua (Ya, penyokong tegar Komik Niaga) untuk menyebarkan berita tentang pelancaran majalah online Komik Niaga yang terkini ini di beberapa medium berikut:
Yang terakhir lebih serius daripada senarai yang lain. Hehe. Semoga Allah permudahkan usaha Matbiz dan seluruh tim Komik Niaga untuk berjuang dalam edisi-edisi akan datang. Terima kasih kerana menyokong kami!
Salam dan hai buat semua pembaca Komik Niaga!
Siapa sangka, siri animasi popular Upin & Ipin kini menjadi sebutan anak-anak kecil di Malaysia. Sebelum ini, kita pasti pernah dengar ungkapan mereka yang cukup sinonim iaitu, “Betul, betul, betul.”
Siapa sangka, sekarang Upin & Ipin sekali lagi membawa virus comel mereka dengan ayat,
“Nak ayam goreng! Nak ayam goreng!”
Ungkapan yang sedang tersebar luas dalam masyarakat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak ini membuatkan syarikat Les’ Copaque Production, untuk bekerjasama dengan syarikat makanan ayam goreng popular di Malaysia.
Figura Upin & Ipin Di Seluruh Cawangan KFC Malaysia
Tidak lain tidak bukan, mereka adalah KFC Malaysia. Kerjasama ini digabungkan sekali bersama LC Merchandising untuk menghasilkan mainan figura Upin & Ipin.
Patung-patung comel bersaiz kecil ini boleh didapati di seluruh cawangan KFC di Malaysia dan Brunei.
Walaupun mendapat permintaan dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, namun pihak KFC memberikan laluan terlebih dahulu kepada rakyat Harimau Malaya.
Buat pengetahuan pembaca Komik Niaga, ini adalah pertama kali KFC bekerjasama dengan produk animasi tempatan. Jadi, tugas kita sebagai rakyat Malaysia adalah menyokong industri animasi negara kita sendiri yang sangat best!
Figura Upin & Ipin – Maklumat Penting Untuk Anda
Berikut adalah maklumat patung figura Upin & Ipin:
Bagi yang ingin mendapatkan figura Upin & Ipin tertentu, boleh rujuk tarikh di bawah. Yang penting, kita beli dan sokong industri animasi tempatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Upin & Ipin, sila layari Facebook Kelab Upin & Ipin.
Matbiz pun mahu beli satu untuk dijadikan sebagai koleksi. Seronoknya dapat kumpul figura yang comel-comel seperti Matbiz sendiri. Oh~