Edisi 9 Komik Niaga – Kisah Jatuh Bangun Jutawan Logam Ir Sofian

Buat para penyokong dan pembaca Komik Niaga yang tidak pernah berhenti menyokong perjuangan Matbiz dan rakan-rakan, hari ini Matbiz ada satu berita menarik untuk anda. Bunyikan drum!

 

Baik. Tidak perlu bunyi drum. Biarkan Matbiz seorang sahaja yang teruja untuk mengumumkan berita penerbitan Ezine Komik Niaga Edisi #9! Fuh, seronok sungguh kerana setiap usaha Matbiz dan rakan-rakan untuk terus berkongsi ilmu keusahawan bersama anda semua berjaya direalisasikan lagi dan lagi. Ini semua kerana berkat dan sokongan anda semua.

Baik, baik. Siapa yang menjadi calon untuk berkongsi kisah kejayaannya dalam ezine Komik Niaga kali ini? Beliau adalah…

Ir Sofian – Pelabur Logam Kaya, Bijak dan Berkaliber

Logam? Bunyinya agak mengelirukan. Biar Matbiz huraikan supaya anda lebih mudah hadam. Pelaburan logam yang dijalankan oleh Tuan Ir Sofian adalah pelaburan emas dan perak.

Dalam edisi kali ini, kita akan selami kisah kejayaan beliau sepanjang menjadi usahawan dan pelabur. Bagaimana beliau membangkitkan emosi untuk meneruskan kehidupan… Walaupun ketika itu beliau menanggung hutang hampir 6 angka (Ratus ribu? Oh!). Usah buang masa lagi, klik pada pautan di bawah untuk muat turun Ezine Komik Niaga Edisi #9.

Ezine Komik Niaga Edisi #9 (Versi PDF)

Ezine Komik Niaga Edisi #9 (Versi Flipping)

Seperti biasa, sebelum muat turun, baca bismillah (bagi yang beragama Islam) supaya proses muat turun tidak menjadi begitu siput.
Dalam masa yang sama, Matbiz amat menghargai sekiranya anda semua (Ya, penyokong tegar Komik Niaga) untuk menyebarkan berita tentang pelancaran majalah online Komik Niaga yang terkini ini di beberapa medium berikut:

  • Facebook.
  • Twitter.
  • Ibu bapa.
  • Saudara mara.
  • Sepupu sepapat (Maaf jika salah eja).
  • Datuk dan nenek.
  • Kucing atau sugar glider yang disayangi.

Yang terakhir lebih serius daripada senarai yang lain. Hehe. Semoga Allah permudahkan usaha Matbiz dan seluruh tim Komik Niaga untuk berjuang dalam edisi-edisi akan datang. Terima kasih kerana menyokong kami!

Ezine Komik Niaga Edisi #9 (Versi PDF)

Ezine Komik Niaga Edisi #9 (Versi Flipping)

2 Komen

  1. Masymul Hisyam Ishak on 25 Jul 2012

    Edisi ke 9 kali ini memang terbaik. Terutamanya kisah Ir Soffian memang memberi banyak pengajaran kepada saya. Setiap jutawan, mesti ada pahit maung disebalik kejayaan. Yang penting kita mesti bijak menggunakan peluang yang datang kepada kita dan tidak mudah patah semangat jika mahukan sesuatu. Tips yang diberikan selepas kisah Ir Soffian juga memang sangat sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin berniaga ataupun sudah berniaga. 5 bintang!

  2. naz on 26 Jul 2012

    Gud job


Tinggalkan komen anda