Pelukis Komik Niaga

Seperti yang diketahui umum, matlamat utama kami menerbitkan Komik Niaga ini adalah bagi menyediakan informasi tentang keusahawanan kepada masyarakat Malaysia dalam konsep santai  dan ringan.

Jadi, bagi menjadikan matlamat ini satu kenyataan, kami akui, kami memerlukan kerjasama pelukis-pelukis yang sudi untuk menyumbangkan karya mereka di Komik Niaga. Memandangkan bilangan pembaca semakin meningkat serta maklumbalas positif dari mereka, kini tiba masanya peluang untuk pelukis-pelukis menunjukkan bakat mereka melalui Komik Niaga.

Beberapa Syarat yang Diambil Perhatian

Ya, kami membuka peluang & ruang seluas-luasnya ini kepada semua penulis, tidak kira penulis amatur, mahupun profesional. Namun bagi memastikan kualiti Komik Niaga terjamin, kami telah menetapkan beberapa syarat-syarat wajib untuk dipenuhi :

  • Komik  mestilah berkisar tentang perniagaan, motivasi ataupun kewangan.
  • Komik berbentuk lawak, pengajaran, ataupun sinis.
  • Komik mestilah mematuhi syarat-syarat agama Islam
  • Komik yang tidak menyentuh sentimen perkauman, agama.
  • Komik adalah unik dan tulen ( tak pernah disiarkan di mana-mana tempat , sama ada offline mahupun online)

Kelebihan Menyumbangkan Komik

Sudah menjadi prinsip bisnes kami , iaitu mewujudkan situasi menang dan menang (win & win situation) dengan para pelukis. Namun, bukan pada peringkat awalan. Kami memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sumbangan penghargaan berbentuk wang sehingalah kami berpuas hati dengan karya lukisan & komitmen pelukis, dengan menghantar karya secara berterusan setiap kali edisi-edisi Komik Niaga dilancarkan.

Apabila kami sudah berpuas hati dengan karya lukisan, sudah tentu kami akan berikan sumbangan & kelebihan lain untuk jangka masa panjang. Apa yang kami berikan kepada pelukis adalah medium yang betul untuk pelukis berkarya serta tonjolkan bakat bagi menarik hati beribu-ribu pembaca Komik Niaga. Tak mustahil sekiranya komik yang dihasilkan dapat menarik hati sekurang-kurangnya 5%-10% pembaca Komik Niaga . Bahkan mereka akan tertunggu-tunggu komik anda setiap kali edisi Komik Niaga dilancarkan

Sampai ke satu tahap , pelukis akan mempunyai pengikut sendiri yang setia menunggu karya emas dari komik anda. Jadi, inilah masa sesuai untuk kami memikirkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan keuntungan bersama.

Pihak kami juga bersedia untuk memberi kelebihan lain dan perkara ini akan dimaklumkan setelah anda menjadi pelukis kami.

Sekiranya Anda Berminat, Ikuti 3 Langkah Ini..

Kami ucapkan ribuan terima kasih di atas minat & keterujaan anda untuk bekerjasama dengan kami. Hanya ikuti 3 langkah di bawah untuk menyertai kami :

1. Hantarkan emel ringkas tentang perihal diri anda, kemahiran anda ke komikniaga [at] gmail.com (Gantikan [a] kepada @)

2. Sertakan juga contoh-contoh komik loose yang pernah anda hasilkan sebelum ini. Tinggalkan langkah ini ataupun hantarkan contoh karya lukisan yang lain sekiranya belum pernah menghasilkannya .

3. Pihak kami akan menghubungi anda untuk penerangan selanjutnya.

Itu sahaja dan semoga kita dapat bekerjasama untuk membangunkan Komik Niaga, dan pada masa yang sama, dapat mewujudkan situasi menang-menang.