Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca Komik Niaga yang menyokong usaha kami untuk terus menerus berjuang, bagi menghasilkan komik digital yang membangkitkan semangat keusahawanan dalam diri anak muda.
Kerana edisi ke 8 ini begitu dekat dengan diri dan visi kami di Komik Niaga. Ya, ia berkaitan dengan kisah perjalanan seorang usahawan, yang bermatlamat untuk membangunkan industri animasi di Malaysia.
Beliau tidak lain tidak bukan…
Tuan Haji Burhanuddin. Pengasas syarikat Les Copaque yang cukup dikenali dengan siri animasi Upin dan Ipin.
Betul, betul, betul!
Dalam Komik Niaga edisi 8 ini, tim kami khususnya Matbiz berusaha keras untuk menyampaikan kisah Tuan Haji Burhanuddin, dalam bentuk yang lebih santai dan relaks.
Kita akan mengetahui bagaimana beliau bermula, dan mengapa beliau sering menekankan industri animasi adalah industri yang ‘bodoh’ untuk diceburi.
Kenapa bodoh? Adakah ini yang menyebabkan beberapa hasil karya animasi tempatan bungkus dan gulung tikar dalam tempoh kurang 5 tahun?
Kami tidak mahu beritahu kepada anda sekarang. Kerana kami mahu anda selongkar sendiri sebabnya menerusi kisah perjalanan pengasas Les Copaque.
Komik Niaga Edisi #8 – Topik Hangat yang Dibincangkan
Selain daripada penyampaian kisah ‘zero’ ke ‘hero’ pengasas syarikat Les Copaque ini, Komik Niaga edisi #8 juga membawakan kepada anda beberapa topik hangat. Khususnya untuk para usahawan muda yang begitu teruja untuk memulakan perniagaan.
Antaranya adalah:
Bukan Buang Dunia, Tetapi Dibuang Dunia
Sebuah coretan yang dinukilkan oleh Tuan Nik Wafdi yang memberikan gambaran jelas tentang kehidupan di dunia yang sementara ini. Hayati dan dalami setiap bait-bait ayat yang disampaikan beliau.
Ia secara tidak langsung membuatkan kita sedar tentang kebesaranNya. Oh ya, banyak juga kartun-kartun yang menarik dimuatkan dalam artikel ini.
Tip Pengurusan Bisnes
Sekali lagi Prof. Niaga akan membentangkan perkongsian beliau dalam Komik Niaga edisi #8. Kali ini berkaitan dengan tip pengurusan bisnes untuk usahawan muda.
Bagi yang ingin elak daripada tersungkur dalam perniagaan sewaktu usia muda, artikel ini adalah rujukan utama.
Motivasi (Kajian Daripada Dr. Minda)
Dalam setiap edisi ezine Komik Niaga yang diterbitkan, Dr. Minda sentiasa memberikan maklumat motivasi berdasarkan kajiannya yang terperinci. Kali ini beliau berkongsi maklumat tentang kuasa minda jutawan.
Ya, beliau telah melakukan kajian terhadap usahawan kaya dan berjaya. Mari baca perkongsiannya menerusi Komik Niaga edisi #8.
3 Tip Bisnes oleh…
Komik Niaga akan sunyi tanpa kehadiran Matbiz yang sentiasa menghangatkan suasana. Matbiz berbesar hati untuk berkongsi dapatan-dapatan yang diperoleh menerusi temubual bersama jutawan animasi iaitu Tuan Haji Burhanuddin.
Ingin tahu 3 tip bisnes yang dapat menjadikan anda jutawan dalam apa jua bidang diceburi? Maka ini masanya untuk muat turun Komik Niaga edisi #8 sekarang menerusi pautan di bawah.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada anda kerana terus menyokong usaha kami untuk memandaikan bangsa menerusi Komik Niaga. Mohon dapat sebarkan berita baik ini kepada rakan-rakan terdekat.
Semoga setiap perkongsian daripada anda dapat menambahkan pahala kerana berkongsi ilmu yang baik kepada sekalian manusia. Amin!