Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada anda semua ke laman blog KomikNiaga.com dan hari ini dengan perasaan gembira bercampur teruja ingin saya berkongsi dengan para pembaca apakah tujuan KomikNiaga ini ditubuhkan.
Jadi, let’s get straight to the point (tiada belok-belok ya)
Pertama sekali mari kita bercerita mengenai konsep KomikNiaga. Buat pengetahuan anda, komik yang diasaskan oleh saudara Hasbul Aqill ini mempunyai pendekatan yang menarik kerana apa yang beliau cuba terapkan ialah penyampaian ilmu perniagaan 3 dimensi iaitu:
- Santai
- Selamba
- Straight to the point
Walaupun ia menjadi rujukan santai, namun KomikNiaga masih berada di landasan bagi mendidik para usahawan muda untuk menjadikan kami sebagai rujukan ilmu perniagaan. Ini berikutan tujuan utama KomikNiaga ditubuhkan ialah mendidik masyarakat tidak kira pelbagai kaum dan umur supaya berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan dan memulakan perniagaan mereka dari rumah.
Persoalannya sekarang… Mengapa dari rumah? Kenapa tidak ofis?
Ini tidak lain tidak bukan kerana impak perniagaan internet yang semakin berleluasa dalam Malaysia dimana ia merupakan berita baik bagi semua orang yang ingin menjana pendapatan tambahan melalui medium internet.
Ya, memang satu peluang yang baik kerana anda tidak perlu lagi mengeluarkan modal yang besar bagi menjalankan sebuah perniagaan. Apa yang anda perlukan ialah sebuah komputer dan internet connection sahaja.
Siapakah golongan tertumpu kami untuk menjayakan revolusi KomikNiaga ini?
Kami mensasarkan komik ini pada golongan remaja kerana golongan ini masih memerlukan pendedahan mengenai dunia perniagaan internet. Buat pengetahuan anda, peratusan penganggur dari golongan remaja semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Jadi, sudah tiba masanya mereka membuat keputusan untuk menjana pendapatan dengan medium yang ada iaitu tidak lain tidak bukan dengan menggunakan internet.
Bagaimanapun, bagi golongan yang ‘tidak berapa’ remaja (saya tidak mahu cakap t**), KomikNiaga ini juga untuk anda kerana ia tetap padat dengan maklumat-maklumat perniagaan internet dalam bentuk asas mahupun lanjutan.
Baik…
Bilakah pelancaran KomikNiaga edisi yang pertama?
Inilah masanya untuk membuat pengumuman penting (Bunyi drum~)
Edisi pertama KomikNiaga akan dilancarkan secara rasmi pada 15hb Julai 2010 ini dan pengumuman akan dibuat melalui blog ini sebagai media rasmi. Barisan-barisan individu di sebalik KomikNiaga ini juga akan mempelbagaikan medium promosi agar ia mendapat sambutan yang luar jangkaan.
Jadi, adakah anda bersedia untuk mendalami ilmu perniagaan internet secara santai dan selamba? Jika jawapan anda adalah ‘YA! Saya sudah bersedia!’, maka nantikan kemunculan kami di arena tempatan dan jangan lupa untuk kongsikan berita gembira ini kepada adik beradik, saudara mara, gadis-gadis dan rakan anda ya!





{ 16 comments… read them below or add one }
salam..tahniah buat saudara hasbul aqil kerana mempunyai idea yang cukup luar luar biasa ini. Semoga dengan kemunculan KomikNiaga Ini dapat membantu usahawan-usahawan internet khususnya yang bergelar IM dalam menimba Ilmu dalam bentuk santai,selamba dan sempoi tapi penuh dgn maklumat mengenai perniagaan Internet. Amin
salam faris azaki, moga sebarkan juga ya
tunggu edisi pertama 15 jun ini
cool~ xde nak pakai pelukis tambahan ker?
ada. kalau bro nak apply, boleh contact kami di sini
setakat ini ada 6 orang pelukis tempatan
siapa kata anak melayu tak hebat?
ini satu gambungan yang hebat diabad ini…
Tak sabar nak tunggu., 15/7
Terbaik disitu, moga terus sukses~
dan menjadi satu idea yang bijak….
moga terus kreatif dan berinovasi…
saya percaya ramai bakal2 internet marketer yang bakal menggegar dgn idea2 fresh.. seperti ini.. semoga..industri internet marketing terus berkembang dgn lebih positif
tahniah kerana kita telah mempunyai sebuah komik yang menerangkan mengenai perniagaan internet. Di harap pihak komik niaga mampu memaparkan kisah-kisah penipuan di internet dan panduan keselamatan ketika berurusan di internet. Pihak EdyMart akan sentiasa menyokong usaha murni ini.
Tahniah saya ucapkan kepada team Komik Niaga!
bagus2…. ak nk lihat anak melayu berjaya…
Tahniah kepada sume krew2 komik niaga terutamanya kpd pengasasnya kerana telah berhempas pulas x tdo mlm menyiapkan komik nie… hahaha
= ) majulah kartun untuk negara… Congratez guys….
Satu medium perubahan yang baru, teruskan perjuangan saya akan menyokong kalian!
Ini baru gempak. Idea kreatif. Blue ocean beb
Tahniah…………
{ 3 trackbacks }