
Nik Ujang atau nama sebenarnya Nik Mohammad Wafdi bin Nik Jaafar merupakan pelukis terkenal tanah air . Kini beliau senang bergiat sebagai kartunis bebas setelah berkarya di Gila-Gila, Ujang suatu ketika dahulu.
Beliau juga aktif dalam kegiatan amal dalam bidang komik, termasuklah menghasilkan artikel-artikel yang berunsurkan pengajaran & peringatan.
Pada awal Januari 2010, dengan kerjasama Ustaz Dr. Zahazan Mohamad, beliau berjaya menghasilkan komik bertajuk ’101 Rekreasi Hati’, himpunan 300 hadis bimbingan yang dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
Kenali Nik Ujang dengan lebih dekat melalui blog peribadi beliau : Nik Ujang

Zamzami Mat Zain merupakan pelukis berasal dari Kelantan. Beliau juga membina kerjaya tetap dalam bidang seni pada tahun 2005 di sebuah syarikat penerbitan buku,iaitu Arif Illustrations & Publications Sdn Bhd, sebagai pelukis ilustrasi.
Namun tidak lama selepas itu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2007 dan berkerja sendiri sebagai pelukis bebas serta melakukan kerja-kerja ilustrasi bagi penerbitan buku, siri animasi, permainan video dan sebagainya.
Pada awal tahun 2010 beliau menubuhkan Mayaloca Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan urusniaga berasaskan animasi, seni kreatif dan multimedia.
Anda boleh melihat contoh karya hasil tangan beliau di ObexStudio.com

Nurulhayati Dr. Mohamed atau nama manjanya Nurul Luvleey merupakan antara grafik desainer yang cukup terkenal dalam arena perniagaan internet Malaysia.
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dan Pendidikan dari UPSI. Tanpa sebarang sijil kemahiran asas dalam bidang Grafik, beliau cuba mempelajarinya sendiri.
Dengan usaha sendiri, sokongan rakan-rakan dan usahawan Internet, sekarang beliau telah membina bisnes sendiri sebagai Grafik Desainer
Untuk dapatkan tutorial & tip berkaitan grafik desain, anda bolehlah melawati blog peribadi disini : Syoksyok.com.
Art Zam atau nama sebenarnya Muhammad Zamalifah Bin Jamil, merupakan anak kelahiran Johor serta berkelulusan Sijil Rekabentuk Grafik di Politeknik Johor Bahru.
Memiliki perkerjaan tetap sebagai Pembantu Penerbitan di salah satu kementerian kerajaan. Namun aktiviti melukis memang tidak dapat dipisahkan sejak kecil lagi.
Beliau berazam akan menerbitkan hasil karya yang dapat diingati dan menjadi bualan ramai satu hari nanti.
Anda boleh dapatkan perkongsian mengenai grafik di blog beliau : Big & Design serta Nawai2Comic untuk hasil lukisan beliau.

Kia, nama penuh beliau ialah Man Jakaria Hj. Muhamad menjawat jawatan sebagai Ketua Pereka Grafik dan Kartunis. Beliau merupakan anak jati Sungkai, Perak.
Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Senireka Grafik. Sejarah latar-belakang beliau bermula ketika melukis secara komersial sejak tahun 1992 lagi.
Hasil-hasil karya beliau pernah disiarkan di dada-dada akhbar tempatan yang terkenal seperti Akhbar Watan, Nanyang Siang Pau, Harian Metro, Suara Masjid Negara, Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia.
Anda boleh kenali beliau lebih dekat melalui laman Facebook Kia Kartunis

Wan Muhammad Iqbal Hakim atau nama panggilannya, Baloot merupakan website developer yang mempunyai kemahiran tinggi.
Beliau mempunyai kemahiran luas dalam penggunaan Adobe Photoshop serta kemahiran lain termasuklah Joomla , WordPress & Adobe Dreamweaver serta Adobe Illustrator.
Baginya, kemahiran merekabentuk adalah berdasarkan kreativiti dalam diri, bukannya dari sijil kelayakan sebagai Grafik Desainer.
Anda boleh dapatkan perkongsian mengenai grafik, desain-desain melalui blog beliau : Balootisme.com

Azzhari Ahmad Ropi atau lebih selesa dengan panggilan Edy, seorang pelukis yang sentiasa berusaha memantapkan skil seni lukisnya sejak dari kecil lagi.
Beliau mula menceburkan diri dalam kerjaya seni semenjak berusia 19 tahun sebagai pelukis ilustrasi. Dalam tempoh masa tersebut, beliau juga turut aktif dalam menghasilkan ilustrasi buku-buku ilmiah, logo/Tshirt design, cover album, dan pernah juga terlibat dalam Petronas Philharmonic Orchestra 2009, KLCC.
Setelah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang penglibatan dalam bidang seni, kini beliau mengambil keputusan untuk menjadi freelancer sepenuh masa. Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat, bolehlah lawati di laman Facebook Edy.