Komik Niaga merupakan salah satu projek kendalian Flarebiz Network Sdn. Bhd (922120-D) yang telah diterbitkan sejak Jun 2010. Komik Niaga ditubuhkan bagi menyumbangkan informasi kepada masyarakat dengan cara santai & terutama untuk anda yang amat gemar membaca bahan bacaan berunsur komik.
Matlamat kami menubuhkan Komik Niaga ini adalah untuk menjadikan medium perkongsian ilmu berkenaan keusahawanan dalam bentuk santai & selamba. Selain itu, pihak kami juga menerbitkan e-komik yang boleh dimuat turun secara percuma setiap 3 bulan.
Setiap edisi mengandungi sudut-sudut keusahawan yang mengandungi ilustrasi & komik yang menarik. Kami juga mengadakan temuramah ekslusif bersama tokoh-tokoh usahawan terkenal & kisah kehidupannya diceritakan dalam bentuk penceritaan komik yang cukup memberi inspirasi.
Mat Biz

Mat Biz merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa dan mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam perniagaan online. Bak kata orang, Mat Biz ni memang ‘business minded’ orangnya.
Kini, Matbiz boleh dikatakan sudah berjaya mencapai status kebebasan kewangan & tiba masanya untuk beliau melihat lebih ramai lagi masyarakat Malaysia bergiat dalam bidang keusahawanan, khususnya muda-mudi seusia dengan beliau.
Mat Biz merupakan individu yang bertanggungjawab sebagai admin, termasuklah kongsikan informasi & berita semasa tentang Komik Niaga kepada pembaca melalui emel dan juga laman sosial media.

Beliau mengorak langkah di dalam dunia perniagaan sejak di universiti lagi sebelum benar-benar serius dalam membangunkan syarikat miliknya sendiri.
Dengan pengalaman pahit dan manis beberapa tahun beliau bergelar sebagai usahawan, kini beliau boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan muda yang berjaya dengan adanya beberapa perniagaan konvensional yang menguntungkan.
Memiliki pejabat, pekerja, rumah dan kereta mewah sendiri mengukuhkan lagi status beliau.

Abang Is merupakan seorang speaker pakar dalam bidang motivasi dan banyak terlibat dalam melatih badan-badan kerajaan dan juga swasta.
Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam bidang event management (Akademi Usahawan) dan konsultasi perniagaan serta pelaburan secara talian. Beliau merupakan antara individu yang mencetus idea untuk mewujudkan Komik Niaga bagi mendidik masyarakat tentang keusahawanan dalam dunia online.
Pengalaman luas beliau ini bagi membantu segala urusan penerbitan Komik Niaga serta merangka pembangunan berterusan Komik Niaga.

Raja Ahmad Kamil atau lebih dikenali sebagai Kartunis Ubi merupakan seorang kartunis yang sangat popular.
Ubi telah berjaya membuat ribuan orang untuk membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & ‘Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002). Ini juga turut membuatkan beliau berjaya melariskan puluhan ribu buku koleksi karya kartunnya.
Dengan pengalaman besar beliau dalam penglibatan industri komik tempatan ini, beliau kini bertindak sebagai Penasihat Komik Niaga dalam memastikan penerbitan Komik Niaga setiap edisi bersesuaian untuk peminat-peminat komik. Anda bolehlah kenali Ubi di blog peribadi beliau, KartunisUbi.com.

Beliau merupakan ‘business manager’ di Flarebiz Network Sdn. Bhd. serta berpengalaman selama 2 tahun dalam perniagaan online. Pada awal tahun 2009, beliau mengambil keputusan untuk mengfokuskan pemasaran SEO kerana percaya dan yakin pemasaran inilah yang paling relevan dalam dunia maya ini.
Dikenali sebagai usahawan serba boleh, beliau bukan sahaja berjaya memasarkan produk fizikal di internet, malah juga berjaya dalam memasarkan produk-produk affiliate dalam pasaran antarabangsa.

Aqif Azizan merupakan usahawan internet, penulis sepenuh masa serta bertindak sebagai ‘Business Manager’ & ‘Content Developer’ untuk syarikat Flarebiz Network.
Beliau berpengalaman selama 4 tahun dalam pemasaran internet serta sentiasa menajamkan skil pemasaran dengan melalukan kajian terperinci, terhadap bidang pemasaran online dan juga offline.
Beliau mempunyai kepakaran luas dalam pemasaran artikel dan juga pengamal Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Antara ebook-ebook hasil idea & tulisan beliau adalah ‘Jana Wang Dengan Ebook’ , ‘Strategi Membina Blog Berpengaruh’ keluaran Educattic Mind.